Saturday, August 16, 2008

Kopi Habbatus Sawda'


HABBATUS SAUDA(KOPI)

(NIGELLA SATIVA – BLACK CUMIN- BLACK SEED)

PENGENALAN

Maksud Hadith:

“tetaplah kamu dengan Habbatus sauda kerana padanya terdapat penawar (ubat) bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)” Riwayat Bukhari dan Muslim.

HABBATUS SAUDA ialah sejenis tumbuhan semulajadi berbentuk rumput kecil. Mempunyai batang yang tinggi kurang setengah hasta. Mengeluarkan bunga berwarna biru, terdapat di dalamnya biji HABBATUS SAUDA. Tumbuhan ini terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasa yang beriklim gurun. HABBATUS SAUDA yang di pasarkan ini di hasilkan daripada bijirin hitam yang bermutu tinggi dan terpilih, di rumus khas mengikut ukuran dos yang telah di tetapkan. mudah di ambil sebagai makanan dan minuman.

MENURUT ILMUAN ISLAM

Ibnu Sina didalam bukunya Canon or Medicine menyatakan HABBATUS SAUDA merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan HABBATUS SAUDA berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

KAJIAN SAINTIFIK ANTARABANGSA

Ahli perubatan moden juga telah membuat kajian saintifik dan mendapati ianya merupakan sejenis antibiotic semulajadi cepat memberi kesan dan tidak menimbulkan sebarang kesan sampingan yang memudaratkan.Antara bahan-bahan kandungan HABBATUS SAUDA ialah fixed oil (saturated and unsaturated), minyak asas (strol, thymohydroquinone, carvone, ctmene)

Kajian 1986 dan 1993 (Drs. El kadi, kandil, Basil Ali), ia mempamerkan peningkatan nisbah sel-T Helper kepada sel-T Suppressor, serta peningkatan dalam aktiviti fungsi sel pembunuh asli. Ia boleh memainkan peranan penting dalam merawat pelbagai jenis penyakit yang di sebabkan kekurangan imun dalam badan.

Kajian 1997, ia meningkatkan 55% nisbah sel-T helper dan sel-T suppressor dengan purata sebanyak 30% aktiviti sel pembunuh asli (NK) AIDS.

Ia Kajian 1960 ( saintis badr-el-Din, Mahouz), melegakan tanda pengidap asma bronkus dan mengurangkan sesak nafas.

Kajian 1993 ( Nirmal Chakravarty M.D) , ia menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetuskan penghasilan histamine, ia juga mengurangkan kadar penyerapan kalsium dalam sel.

Kajian 1991 ( Pusat penyelidikan Amala, amala Nagar, Kerala, India), ia menghalang sepenuhnya perkembangan sejenis sel kanser Ehrlich Ascites carcinoma(EAC), 100% berkesan dalam menghalang perkembangan tumor sebanyak 50% bagi sel Dalton’s Lymphoma Ascites(DLA).

Kajian 1989 ( Journal farmasi Pakistan ), mempunyai sifat anti kulat minyak habatus sawda.

Kajian 1992 ( jabatan farmasi, Universiti Dhaka , Bangladesh ), ia terbukti berkesan terhadap banyak jenis bakteria

Kajian 1960( prof. El-Dakhakny), Habbatus sauda mempunyai kesan anti radang dan melegakan kesan-kesan arthritis.

Kajian 1995( saintis makmal Penyelidikan farmakologi, Jabatan farmasi, Kings college, London ), ia berkesan dalam merawat asma bronkus dan eksema, ia merencatkan generasi eicosanoids dan mempamerkan aktiviti anti pengoksidaan dalam sel.

Dr Schleicher dalam kajiannya di Jerman menerangkan bahawa bahan-bahan dalam HABBATUS SAUDA seperti linoleic acid menstabilkan sel membrane dan prostaglandin mempunyai kesan mengawal inflammasi iaitu tindak balas immune sistem yang berlebihan sehingga menyebabkan masalah-masalah seperti jerawat, asthma, hay fever dan kemungkinan kanser.

Satu lagi kajian (pilot study) telah di buat di Charite University Hospital Berlin ke atas 152 pesakit. Di bawah seliaan Prof Dr Holger Kiesewetter 2 kapsul sauda di beri 3 kali sehari.Pesakit-pesakitnya menderita sakit allergic rhinitis, bronchial asthma, ectopic eczema. Dr Holger membuat kesimpulan bahawa sauda dapat memberi rawatan efektif kepada penyakit-penyakit yang di sebabkan oleh alahan.



CIRI-CIRI UTAMA HABBATUS SAUDA

NILAI MAKANAN

HABBATUS SAUDA kaya dengan monosaccharide glukosa,xylos sdb.

Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh di hasilkan oleh badan kita , oleh itu sumber utamanya ialah pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu Vitamin A , kalsium, Zat Besi dsb.


SISTEM IMUNISASI

Kajian yang telah di lakukan di Arab Saudi mendapati HABBATUS SAUDA berupaya meningkatkan system imunisasi tubuh, ia sangat penting dalam mencegah pelbagai jenis penyakit. Habbatus sawda mengandungi 67 kandungan bahan aktif yang dapat membantu menyembuhkan penyakit yang sering di hadapi seperti berikut:

  • Menghancurkan batu karang
  • Lenguh-lenguh dan lumpuh
  • Gastric/ulser
  • Lelah
  • Radang buah pinggang
  • Kencing manis
  • Darah tinggi/ jantung
  • Batuk. Selesema
  • Kemandulan
  • Sakit otot dan sendi
  • Keguguran rambut
  • Sukar tidur
  • Kadar kolesterol
  • Sembelit
  • Gout
  • Resdung
  • Membuang angina
  • Pening kepala/migrane
  • Bisol dan ketumbuhan
  • Batu hempedu
  • Luka-luka di hati
  • Paru-paru berair
  • Gusi berdarah
  • Senggugut
  • Obesiti/kegemukan

CARA PENGAMBILAN:

Boleh di amalkan sehari 2 biji samaada waktu pagi atau malam mengikut kesesuaian.

Boleh di ambil samaada selepas ataupun sebelum waktu makan. Sekirannya berlaku tindak balas berterusan sila dapatkan nasihat doktor.

Sesuai untuk lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak12 tahun ke atas.

Untuk tempahan di Sandakan, Sabah;

Sila kunjungi Hub Produk Muslim di Bandar Indah, Sandakan, Sabah atau hubungi 019-8974798.

Keterangan Lanjut, sila layari ;
http://www.sawda.com.my/

No comments: